Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih
tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut
dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah
dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd
Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia
masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini
diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan
motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya
hidup masa kini.
Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para
pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga
para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).
Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.
Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah
dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat
dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan
ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan
solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan
dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia
melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat.
Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah
iaitu:
- Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
- Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
- Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan
solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya
perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya
baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat
dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan
mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam
organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan
syarak.
No comments:
Post a Comment