englishrose

Wednesday 31 October 2012

Sunat ab'ad dan sunat hai'at



SUNAT AB’AD DAN SUNAT HAI’AT
http://www.ppdhl.net/courseware/bppt/pislam/tahun5/
 Menurut para ulama’ mazhab Syafie, sunat ab’ad mengandungi lapan perkara dan sunat hai’at mengandungi empat puluh perkara.

PENGERTIAN
PERKARA
SUNAT
AB’AD
Amalan sunat yang sangat dituntut dalam solat,jika ditinggalkan secara sengaja atau tidak disunatkan sujud sahwi
1.  Duduk tahiyat awal
2. Membaca tahiyat awal
3. Berselawat ke atas Nabi Muhammad dalam tahiyat awal
4. Membaca doa qunut
5. Berdiri semasa qunut
6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad dalam doa qunut
7. Berselawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam doa qunut
8. Berselawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat akhir
SUNAT HAI’AT
Amalan sunat dalam solat, jika ditinggalkan secara sengaja atau tidak, tidak disunatkan sujud sahwi
1.  Mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram, iktidal, ruku’ dan bangun selepas tahiyat awal
2. Meletakkan tangan kanan ke atas bahagian belakang tangan kiri ketika berdiri.
3. Membaca doa iftitah
4. Membaca iti’azah sebelum membaca Al-Fatihah dan membaca amin selepas Al-Fatihah.
5. Membaca surah selepas Al-Fatihah pada rakaat pertama dan rakaat kedua.
6. Menyaringkan bacaan Al-Fatihah dan surah dalam solat Jumaat, subuh, isyak dan maghrib pada rakaat pertama dan kedua.
7. Membaca ‘Sami Allahuliman hamidah’ dan ‘rubbana lakal hamdu’ ketika bangun dari ruku’.
8. Membaca takbiratul intikolat mengiringi setiap pergerakan dalam solat.
9. Membaca tasbih tiga kali ketika ruku’ dan sujud
10.   Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal
11.    Membaca ketika duduk antara dua sujud
12.   Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa    tahiyyat akhir )
13.   Memberi salam yang kedua
14.   Berpaling ke kanan dan kiri ketika memberi  salam

SUJUD SAHWI
·         Sujud sahwi ialah dua kali sujud selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum salam
·         Bacaan sujud sahwi ialah:
maksudnya : maha suci Allah tidak tidur dan tidak lupa
Hendaklah dibaca tiga kali .



Monday 15 October 2012

Latihan 1



LATIHAN 1
KELASKAN RUKUN SOLAT KEPADA QALBI, QAULI DAN FIQLI

Niat

Berdiri Betul

Membaca tahyat akhir

Ruku’ serta thumakninah

Membaca surah Al-Fatihah

Duduk tahyat akhir dan tertib

Iktidal dan sujud serta thumaninah

Selawat ke atas Nabi dalah tahyat akhir

Duduk antara dua sujud serta thumakninah

Membaca salam pertama dan takbiratul ihram




LATIHAN 2
TULISKAN ‘SYARAT WAJIB’ ATAU ‘SYARAT SAH’  PADA PENYATAAN BERIKUT

Suci daripada najis

Islam

Yakin telah masuk waktu

Suci daripada hadas

Baligh

Berakal

Menutup aurat

Menghadap kiblat

Hikmah Dan Kesan solat



Hikmah – hikmah Solat
·        Menguatkan iman
·        Mengabdikan diri kepada Allah
·        Menunaikan tanggungjawab kepada Allah
·        Melahirkan insane yang bertakwa

Kesan-kesan solat
·        Menjadikan seorang yang berdisplin
·        Bertanggungjawab dan ikhlas
·        Insaf dan bersyukur kepada Allah
·        Peka kepada kepentingan masa
·        Menyihatkan tubuh badan
·        Dapat mencegas darpada melakukan kemungkaran