Syarat-syarat
khutbah Jumaat
Syarat 1 : khatib
hendaklah berdiri sekiranya mampu berbuat demikian. Kedua-dua
khutbah hendaklah diselangi dengan duduk.
Berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar
Maksudnya
: daripada Ibn Umar telah berkata
“bahawa (pada masa dahulu) Nabi berkhutbah pada hari Jumaat sebanyak dua kali
khutbah, diselangi dengan Baginda duduk sebentar antara dua khutbah tersebut.
(riwayat
Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Musnad Para Sahabat; Musnad Abdullah bin Umar bin al-Khattab)
Syarat 2 : dilakukan
dalam waktu zuhur.
Syarat 3 : khatib
hendaklah dalam keadaan bersih daripada hadas kecil dan besar.
Syarat 4 : menutup
aurat.
Syarat 5 : khatib
hendaklah seorang lelaki.
Syarat 6 : duduk
antara dua khutbah.
Syarat 7 : khatib
hendaklah membaca rukun-rukun khutbah dalam bahasa arab.
Syarat 8
:berturut-turut antara rukun-rukun khutbah, antara khutbah pertama dan kedua,
dan antara dua khutbah dan solat Jumaat.
Syarat 9 : rukun
kedua-dua khutbah hendaklah didengari oleh sekurang-kurangnnya 40 orang yang
memenuhi syarat wajib Jumaat.
Rukun khutbah
Rukun 1 : memuji
Allah atau bertahmid dengan menggunakan sebarang lafaz. Sekurang-kurangnya Maksud : “segala
pujian untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”
Rukun 2 : berselawat
ke atas Nabi SAW. Sekurang-kurangnya
Maksud : “ Ya Allah
kurniakanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad.”
Rukun 3 : berpesan
kepada jemaah agar bertaqwa kepada Allah pada kedua-dua khutbah. Yang
dimaksudkan dengan berkhutbah itu ialah memberikan peringatan kepada orang
ramai agar bertaqwa kepada Allah. Sekurang-kurangnya
Maksud : “bertaqwalah
kepada Allah.”
Rukun 4 : membaca
satu ayat al-Quran pada salah satu daripada dua khutbah. Lebih afdal dibacakan
pada khutbah yang pertama sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullahn SAW.
Rukun 5 : berdoa
untuk orang yang beriman dalam khutbah kedua.
Syarat sah
khutbah
Syarat 1 : khutbah
yang dilakukan hendaklah ditujukan kepada 40 orang jemaah. Oleh itu, khatib
perlu menguatkan suaranya atau menggunakan pembesar suara dengan anggaran 40
orang boleh mendengarnya. Tetapi tidak disyaratkan semuar 40 orang atau semua
jemaah mendengarnya.
Syarat 2 : khatib
hendaklah berdiri sekiranya berkemampuan berbuat demikian.
Syarat 3 : khatib
hendaklah duduk selepas khutbah yang pertama.
Syarat 4 : khatib
hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar.
Syarat 5 : khatib
hendaklah menutup aurat.
Syarat 6 : khutbah
hendaklah dibaca berturut-turut tanpa diselangi oleh masa yang lama tanpa
sebab, sama ada antara rukun-rukunnya, ata jarak kedua-duanya mahupun antara
khutbah dan solat. Selang yang pendek, seperti khatib perlu berwuduk semula
atau hendak ke tandas, adalah dimaafkan.
Adab-adab umum
dan sunat-sunat pada hari Jumaat
1. Mandi sunat
Jumaat sebelum ke masjid, sebagaimana yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari dan Muslim ,ibn Umar r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :maksudnya : “sesiapa
yang hendak pergi menunaikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi.”
2.
Memakai
wangi-wangian yang menyenangkan, seperti saranan
Rasulullah SAW :Maksudnya : “tidaklah
seorang lelaki mandi sekadar yang termampu pada hari Jumaat, dan memakai minyak
(pada rambut) dan menggunakan wangian, keluar dari rumahnya (menuju ke masjid),
dan tidak memisahkan (saf) di antara dua orang (jemaah yang berdiri rapat)
kemudian menunaikan solat yang diwajibkan kepadanya, kemudian dia diam ketika
imam mula berkhutbah, melainkan diampunkan dosa yang dilakukannya pada Jumaat
tersebut sehingga Jumaat yang akan datang.”
3.
Memotong
kuku dan misai sebelum pergi ke masjid.
4.
Datang
awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Kelebihan datang awal ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW :
Maksudnya : “sesiapa
yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub, kemudian dia berjalan (ke
masjid pada waktu yang pertama) , seolah-olah dia telah (mendapat pahala)
mengorbankan seekor unta. Dan sesiapa yang pergi pada waktu yang kedua,
seolah-olah dia (mendapat pahala) mengorbankan seekor lembu. Dan sesiapa yang
pergi pada waktu ketiga, seolah-olah dia
(mendapat pahala) mengorbankan seekor kibas. Dan sesiapa yang berjalan pada
saat keempat seolah-olah dia (mendapat pahala) mengorbankan seekor ayam. Dan
sesiapa yang pergi pada waktu kelima, seolah-olah dia (mendapat pahala) sedekah
sebiji telur. Apabila imam keluar ke atas mimbar, hadirlah segala malaikat ke
mimbar itu untuk mendengar khutbah.”
Apa yg berlaku dinegara kita sejak dulu ialah tiada muamalat antara rukun khutbah..antara dua khutbah...antara dua khutbah dan solat jumaat.
ReplyDeletetiada muwalat
DeleteApa yg berlaku dinegara kita sejak dulu ialah tiada muamalat antara rukun khutbah..antara dua khutbah...antara dua khutbah dan solat jumaat.
ReplyDeleteAslmkm. .. saya di luar negara dan tempat saya bekerja dan tinggal tidak mencukupi syarat ... iaitu tidak mencukupi 40 org ..malah di bawah 20 org tetapi kami tetap menunaikannya Jumaat. mohon di beri pencerahan
ReplyDelete