englishrose

Monday, 12 November 2012

SOLAT JUMAAT

SOLAT JUMAAT


Pengertian dan hukum
·        Solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah pada waktu zohor hari jumaat dimasjid atau ditempat tertentu dengan didahului dua khutbah.
·        Hukum solat jumaat adalah fardhu ain keatas setiap lelaki muslim yang cukup syarat.

Syarat wajib
·         Islam
·         Lelaki
·         Baligh
·         Berakal
·         Bermastautin
·         Tidak unzur
·         Merdeka

Dalil wajib
·         Maksud : Wahai orang-orang yang beriman apabila diseru untuk menunaikan solat jumaat maka hendaklah kamu bersegera mengingati Allah (solat jumaat).
Lafaz niat
·         Maksudnya : Sahaja aku solat fardhu jumaat dua rakaat tunai makmum kerana Allah Taala.

Syarat sah
·         Dilakukan secara berjemaah.
·         Pada waktu zohor.
·         Jemaah sekurang-kurangnya empat puluh orang lelaki.
·         Ditempat yang ditentukan seperti masjid.
·         Didahului dengan dua khutbah.

Hikmah
·         Lambang perpaduan umat.
·         Mengukuh persaudaraan islam.
·         Membuktikan ketaatan kepada Allah.
·         Bertukar-tukar fikiran.
·         Mendapat nasihat.

Sunat sebelum solat jumaat
·         Mandi.
·         Memotong kuku.
·         Berpakaian bersih.
·         Memakai bau-bauan.
·         Datang awal ke masjid.
·         Solat sunat tahyatul al-masjid.
·         Iktikaf.
·         Membaca al-Quran
·         Berselawat dan berzikir.
Larangan ketika khutbah
·         Bercakap.
·         Bermain.
·         Melakukan perkara-perkara yang mengganggu khutbah dan jemaah yang lain.



No comments:

Post a Comment