englishrose

Monday 12 November 2012

SOLAT BERJEMAAH


SOLAT BERJEMAAH

Pengertian solat berjemaah
·     Solat yang dilakukan dua orang atau lebih secara bersama dengan diketuai oleh seorang imam dan disertai dengan niat berjemaah.

Hukum solat berjemaah
·     Fardhu kifayah keatas orang lelaki disesuatu tempat bagi semua solat fardhu kecuali solat jumaat.
·         Fardhu ain keatas setiap lelaki bagi solat jumaat
·         Sunat bagi solat-solat sunat seperti solat hari raya.

Lafaz niat solat berjemaah
·         Maksudnya niat imam : Sahaja aku bersolat fardhu zohor empat rakaat tunai imam kerana Allah Taala
·    Maksud niat makmum : Sahaja aku bersolat fardhu zohor empat  rakaat tunai makmum kerana Allah Taala.

Syarat sah solat berjemaah
·         Niat mengikut imam bagi makmum
·         Takbirratul ikhram makmum tidak mendahului takbirratul ikhram imam.
·         Makmum tidak mendahului dan tidak terlalu lambat mengikut pergerakan imam.
·         Makmum mengetahui pergerakan imam.
·         Tiada sekatan atau penghalang antara makmum dan imam. 




No comments:

Post a Comment