englishrose

Wednesday 31 October 2012

Sunat ab'ad dan sunat hai'at



SUNAT AB’AD DAN SUNAT HAI’AT
http://www.ppdhl.net/courseware/bppt/pislam/tahun5/
 Menurut para ulama’ mazhab Syafie, sunat ab’ad mengandungi lapan perkara dan sunat hai’at mengandungi empat puluh perkara.

PENGERTIAN
PERKARA
SUNAT
AB’AD
Amalan sunat yang sangat dituntut dalam solat,jika ditinggalkan secara sengaja atau tidak disunatkan sujud sahwi
1.  Duduk tahiyat awal
2. Membaca tahiyat awal
3. Berselawat ke atas Nabi Muhammad dalam tahiyat awal
4. Membaca doa qunut
5. Berdiri semasa qunut
6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad dalam doa qunut
7. Berselawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam doa qunut
8. Berselawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat akhir
SUNAT HAI’AT
Amalan sunat dalam solat, jika ditinggalkan secara sengaja atau tidak, tidak disunatkan sujud sahwi
1.  Mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram, iktidal, ruku’ dan bangun selepas tahiyat awal
2. Meletakkan tangan kanan ke atas bahagian belakang tangan kiri ketika berdiri.
3. Membaca doa iftitah
4. Membaca iti’azah sebelum membaca Al-Fatihah dan membaca amin selepas Al-Fatihah.
5. Membaca surah selepas Al-Fatihah pada rakaat pertama dan rakaat kedua.
6. Menyaringkan bacaan Al-Fatihah dan surah dalam solat Jumaat, subuh, isyak dan maghrib pada rakaat pertama dan kedua.
7. Membaca ‘Sami Allahuliman hamidah’ dan ‘rubbana lakal hamdu’ ketika bangun dari ruku’.
8. Membaca takbiratul intikolat mengiringi setiap pergerakan dalam solat.
9. Membaca tasbih tiga kali ketika ruku’ dan sujud
10.   Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal
11.    Membaca ketika duduk antara dua sujud
12.   Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa    tahiyyat akhir )
13.   Memberi salam yang kedua
14.   Berpaling ke kanan dan kiri ketika memberi  salam

SUJUD SAHWI
·         Sujud sahwi ialah dua kali sujud selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum salam
·         Bacaan sujud sahwi ialah:
maksudnya : maha suci Allah tidak tidur dan tidak lupa
Hendaklah dibaca tiga kali .



7 comments: