APA ITU SOLAT
- Perkataan "Solat" bererti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu.
- Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis.
- Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah.
- Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
1.
Solat Subuh sebanyak 2 rakaat
2.
Solat Zohor sebanyak 4 rakaat
3.
Solat Asar sebanyak 4 rakaat
4.
Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat
5.
Solat Isyak sebanyak 4 rakaat
No comments:
Post a Comment