Tahukah anda, solat ialah amalan pertama yang akan dihisab di hari kiamat nanti.
Nabi
bersabda, Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang
hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia
termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia
termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung." (HR Imam al-Tirmidzi)
Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi
cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang
tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya,
bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun,
Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)
Ayat 42 & 43 di dalam surah Al-Muddaththir, مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ
مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar?
Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan orang yang
mendirikan solat”.
Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat
sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu, sesiapa
mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga.
Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini".
(Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment