PERBEZAAN ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT
|
||
PERBUATAN
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
Ketika takbir
|
Merenggangkan
kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
|
Merapatkan
kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
|
Ketika sujud
|
Kedua-dua
paha hendaklah direnggangkan.
|
Kedua-dua
paha hendaklah dirapatkan.
|
Bacaan dalam solat
|
Boleh
menyaringkan bacaan
|
Dilarang
menyaringkan bacaan
|
Ketika imam terlupa
|
Boleh
mengucapkan lafaz tasbih
|
Hanya
sekadar menepuk tangan kiri.
|
Aurat
|
Antara
atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup.
|
Seluruh
anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
|
englishrose
Wednesday, 10 October 2012
Perbezaan solat antara lelaki dan perempuan
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
- Islam - Tidak wajib bagi orang kafir
- Berakal - Tidak wajib bagi orang gila
- Baligh - Tidak wajib bagi orang yang belum cukup umur
- Suci - Suci dari haid dan nifas
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
- Suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat
- Menutup aurat
- Suci daripada hadas
- Menghadap kiblat
- Yakin masuk waktu solat
Pengertian Solat
APA ITU SOLAT
- Perkataan "Solat" bererti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu.
- Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis.
- Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah.
- Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
1.
Solat Subuh sebanyak 2 rakaat
2.
Solat Zohor sebanyak 4 rakaat
3.
Solat Asar sebanyak 4 rakaat
4.
Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat
5.
Solat Isyak sebanyak 4 rakaat
Solat Amalan Pertama Dihisab
Tahukah anda, solat ialah amalan pertama yang akan dihisab di hari kiamat nanti.
Nabi
bersabda, Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang
hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia
termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia
termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung." (HR Imam al-Tirmidzi)
Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi
cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang
tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya,
bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun,
Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)
Ayat 42 & 43 di dalam surah Al-Muddaththir, Ł
َŲ§ Ų³َŁَŁَŁُŁ
ْ ŁِŁ Ų³َŁَŲ±َ. ŁَŲ§ŁُŁŲ§ ŁَŁ
ْ ŁَŁُ
Ł
ِŁَ Ų§ŁْŁ
ُŲµَŁِّŁŁَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar?
Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan orang yang
mendirikan solat”.
Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat
sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu, sesiapa
mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga.
Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini".
(Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah)
Subscribe to:
Posts (Atom)